Kempen Ubuntu Edge Mencapai 10% Sasaran – Menambah Pilihan Double Edge

Kempen Ubuntu Edge Mencapai 10% Sasaran – Menambah Pilihan Double Edge

Diterbitkan pada July 24, 2013 oleh .

Pihak Canonical telah pun memulakan pengumpulan dana melalui IndieGogo semalam, dan kini dalam masa sehari, mereka telah mencapai lebih 10% daripada sasaran $32 juta mereka. Perkara tersebut turut memperlihatkan pilihan tawaran satu hari telah selesai dipilih para penyumbang, dan membuatkan pihak Canonical hadir dengan pilihan baru – Double Edge.

Ubuntu Edge

Melalui Double Edge, pihak Canonical menawarkan dua peranti Ubuntu Edge pada harga $1400. Seperti biasa, walaupun pihak Canonical mengumpulkan dana untuknya bulan ini, tetapi peranti akhir tersebut dijangka akan dihantar kepada para penyumbang dana bermula Mei 2014 kelak.

Ubuntu Edge merupakan peranti yang didatangkan dengan sokongan dual-boot, menyertakan Android dan Ubuntu Phone OS ketika digunakan sebagai telefon pintar, dan membolehkan pengguna mengakses Ubuntu OS penuh ketika di dock pada komputer.


TIPS & ULASAN