Cari @ Amanz

Celcom kini kelihatan telah menambah dua peranti baru yang dilancarkan untuk pasaran tempatan melalui pakej tawaran mereka, sekaligus membolehkan pengguna untuk mendapatkannya pada harga rendah dengan syarat melanggan untuk pakej Celcom untuk suatu tempoh masa.

Celcom BlackBerry Q5

Celcom Optimus G Pro

Melalui apa yang dilihat, dua peranti baru ditambah melalui pakej Celcom, iaitu LG Optimus G Pro dan juga BlackBerry Q5. Kedua-duanya hadir dengan pakej langganan bermula RM78 sebulan sehingga RM208 sebulan, dimana pengguna boleh memilih untuk melanggan selama 12 bulan ataupun 18 bulan. Daripada apa yang dilihat, untuk BlackBerry Q5, pihak Celcom menawarkan pilihan penggunaan data sebanyak 1GB atau 3GB, sebaliknya untuk LG Optimus G Pro, pilihan 5GB turut disertakan bersama-sama dengannya.

Dari segi harga pula, ia berbeza mengikut pakej yang dilanggan, dimana untuk BlackBerry Q5, ia bermula pada harga serendah RM888, manakala untuk LG Optimus G Pro pula pada harga serendah RM1138. Sebagai perbandingan, di Malaysia, BlackBerry Q5 ditawarkan pada harga RM1299, manakala LG Optimus G Pro pula pada harga RM1888.

Jadi, bagi anda, adakah ia berbaloi untuk mendapatkannya melalui pakej Celcom ataupun lebih berbaloi membelinya secara berasingan?

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd