Carian
Nokia Malaysia Memperkenalkan Lumia 925 Secara Rasmi – Berharga RM1799
July 24, 2013 Aman

Nokia telah sedia memperkenalkan Lumia 925 pada bulan Mei lepas, dan hari ini, pihak Nokia Malaysia telah pun memperkenalkan dan melancarkan peranti berkenaan untuk pasaran tempatan. Seperti semua sedia maklum, Lumia 925 membawakan beberapa kemaskini berbanding peranti Lumia 920 sebelum ini.

Nokia Lumia 925

Lumia 925 hadir dengan Windows Phone 8, dimana sekali lagi dilihat pihak Nokia memfokuskan kepada bahagian kamera. Selain menyertakan sokongan kamera yang baik dengan kawalan pencahayaan yang baik. Disertakan bersama-sama dengan Lumia 925 adalah juga aplikasi Nokia Smart Camera, menawarkan sokongan rakaman menarik, termasuk kebolehan untuk memilih Best Shot, Action Shot, Motion Focus, Change Faces, dan juga Remove Moving Objects.

Pada masa yang sama, melalui kemaskini yang disertakan pada Windows Phone 8 melalui Lumia 925, ia turut membolehkan pengguna mengakses peranti mereka dari lockscreen ke skrin utama dengan hanya double-tap pada skrin – salah satu sokongan seumpama pada peranti MeeGo sebelum ini. Lumia 925 merupakan telefon Windows Phone 8 pertama yang hadir dengan kemaskini Lumia Amber. Kemaskini berkenaan akan hadir ke peranti Windows Phone lain dalam masa terdekat ini.

Lumia 925 - Smartcam

Dari segi binaan pula, Lumia 925 dibina berasaskan metal, sekaligus membawakan rekaan yang unik dan juga premium. Untuk sokongan pengecasan tanpa wayar pula, pihak Nokia membawakan aksesori khas dalam bentuk kerangka luar, lebih kurang seperti Lumia 720 sebelum ini.

Lumia 925 - Harga

Di Malaysia, Nokia Lumia 925 akan dijual pada harga RM1799 bermula awal Ogos ini.

Komen