Nokia Lumia 1020 Akan Hadir Ke Malaysia Pada Suku Ke-Empat 2013

Nokia Lumia 1020 Akan Hadir Ke Malaysia Pada Suku Ke-Empat 2013

Diterbitkan pada July 24, 2013 oleh .

Hari ini, ketika pengumuman berkaitan dengan Lumia 925, pihak Nokia turut berkongsi akan mengenai peranti Lumia 1020 yang telah diumumkan baru-baru ini oleh pihak Nokia dengan kamera 41-megapixel. Telefon pintar berkenaan bakal hadir ke pasaran tempatan pada suku ke-empat 2013 ini.

Lumia 1020 Akan Datang

Lumia 1020 membawakan skrin bersaiz 4.5-inci dan cip dwi-teras Qualcomm 1.5GHz. Seperti biasa, ia memfokuskan kepada sokongan kamera 41-megapixel yang disertakan bersama-sama dengannya. Ia turut hadir dengan sokongan OIS dan juga Xenon Flash yang membawakan pengalaman rakaman gambar dan video yang baik.

Harga jualan rasminya masih tidak diketahui, dan bagi mereka yang inginkan Lumia 1020 boleh nantikan ia hadir ke pasaran tempatan pada suku ke-4 tahun ini.


TIPS & ULASAN