Xperia Z Ultra Bakal Diperlihatkan Di Malaysia Pada Minggu Hadapan

Xperia Z Ultra Bakal Diperlihatkan Di Malaysia Pada Minggu Hadapan

Diterbitkan pada July 24, 2013 oleh .

Xperia Z Ultra Sony telah sedia memperkenalkan Xperia Z Ultra pada bulan lepas, dan nampaknya kini mereka bergerak pantas dalam memperkenalkan telefon pintar dibawah keluarga phablet tersebut untuk pasaran tempatan, dan menjadualkan sebuah acara khas berkenaan dengannya pada minggu hadapan.

Dari segi spesifikasi, Xperia Z Ultra menyertakan skrin bersaiz 6.4-inci, selain turut sama dijana menggunakan cip pemprosesan empat-teras 2.2GHz,kamera belakang 8-megapixel, dan juga kamera hadapan 2.1-megapixel. Dari segi bateri pula, ia menyertakan bateri dengan kapasiti 3050mAh.

Di Malaysia, ia akan diperlihatkan pada 1 Ogos kelak, dan mungkin kita akan mendengar mengenai harga dan tarikh mula jualannya pada tarikh tersebut.

Baca : Pandang Pertama Xperia Z Ultra


TIPS & ULASAN