Samsung Dilaporkan Akan Memperkenalkan Jam Tangan Pintar Pada Bulan September

Samsung Dilaporkan Akan Memperkenalkan Jam Tangan Pintar Pada Bulan September

Diterbitkan pada July 24, 2013 oleh .

Samsung Galaxy WatchSamsung telah sedia dikatakan sedang membangunkan jam tangan pintar mereka, dan mengikut laporan terkini, gergasi dari Korea Selatan tersebut dijangka akan memperkenalkannya seawal bulan September ini. Selain jam tangan pintar mereka, Galaxy Note 3 turut dikatakan akan hadir pada bulan yang sama.

Mengikut beberapa laporan sebelum ini, jam tangan pintar dari Samsung ini dikatakan akan menjalankan sebuah versi Android yang diubah-suai dan dioptimasikan untuk paparan skrin kecil. Disamping itu, sokongan biasa seperti boleh dihubungkan ke telefon pintar dan mengikuti notifikasi melalui jam tangan pintar tersebut turut dikatakan akan hadir.

Arena jam tangan pintar hangat diperkatakan pada tahun ini, dimana beberapa nama besar dikatakan sedang membangunkan peranti mereka masing-masing, termasuk Microsoft dan juga Apple. Dari segi pengenalan pula, buat masa ini, Sony telah memperkenalkan kemaskini jam tangan pintar mereka, dan mengumumkan Sony Smartwatch 2 pada bulan lepas.


TIPS & ULASAN