Cari @ Amanz

Setelah gambar peranti BlackBerry A10 tertiris sebelum ini, kini turut hadir adalah video yang memperlihatkan peranti tersebut dengan jelas, sekaligus membolehkan para peminat BlackBerry melihat binaan BlackBerry A10 dengan lebih jelas.

Melalui video yang menggunakan bahasa Vietnam ini, kita dapat lihat beberapa perkara, termasuk kebolehan untuk membuka kerangka belakang untuk memasukkan kad-SIM dan juga mikro-SD. Disamping itu, BlackBerry A10 juga dilihat menyertakan bateri berkapasiti 2800mAh, disamping menyertakan skrin bersaiz 5-inci AMOLED. Sokongan lain, seperti ruangan pengecasan mikro-USB dan juga sambungan mikro-HDMI turut disertakan pada peranti ini.

Buat masa ini, tarikh pelancaran rasmi untuk peranti ini masih tidak diketahui lagi.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd