Peranti Ubuntu Edge Diperlihatkan Dengan Lebih Dekat – Canonical Mengemaskini Tawaran

Peranti Ubuntu Edge Diperlihatkan Dengan Lebih Dekat – Canonical Mengemaskini Tawaran

Diterbitkan pada July 24, 2013 oleh .

Dengan telefon pintar Ubuntu Edge menjadi buah mulut ramai pengguna sehari dua ini, kini sebuah video diterbitkan, memperlihatkan peranti Ubuntu Edge dengan lebih dekat, sekaligus memberikan idea berkenaan apakah yang akan diterima oleh para penyumbang melalui halaman IndieGogo kelak.

Dan bercakap mengenai kempen melalui IndieGogo, kini pihak Canonical kelihatan mengemaskini harga tawaran peranti mereka, dan menawarkan ia pada harga pilihan bermula $625. Dan seperti biasa, dalam usaha untuk mengekalkan momentum, pihak Canonical menawarkannya dengan kuantiti yang terhad, dan harga peranti berkenaan akan ditingkatkan sedikit demi sedikit. Pihak Canonical turut menjanjikan bakal memulakan kembali wang lebihan kepada mereka yang telah mendapatkan peranti berkenaan dengan pilihan $830 sebelum ini.

Dengan lebih kurang 29 hari lagi, buat masa ini, Canonical telah mengumpulkan lebih daripada $4.1 juta daripada jumlah keseluruhan sebanyak $32 juta yang diperlukan.


TIPS & ULASAN