Aplikasi Path Akan Didatangkan Terbina Melalui Peranti Sony Xperia Di Asia Pasifik

Aplikasi Path Akan Didatangkan Terbina Melalui Peranti Sony Xperia Di Asia Pasifik

Diterbitkan pada July 24, 2013 oleh .

Path hari ini melalui blog mereka mengumumkan kerjasama dengan pihak Sony, dimana ia dikatakan akan disertakan bersama-sama peranti Sony Xperia yang dijual di rantau Asia Pasifik. Perkara ini mungkin sekaligus akan membantu pemasaran aplikasi dan perkhidmatan sosial Path yang boleh dikatakan agak kurang popular di rantau ini.

Path

Path menawarkan perkhidmatan sosial yang lebih peribadi dengan antaramuka yang kemas dan menarik. Dengan didatangkan terbina pada peranti Sony Xperia, pihak Path mengatakan ia akan lebih responsif serta lebih cantik pada peranti berkenaan jikalau dibandingkan dengan ia dimuat-turun secara berasingan.

Dengan menyertakannya, Path akan tersediri pada peranti Sony Xperia sebaik sahaja pengguna membeli dan memulakan peranti berkenaan, dan tidak lagi perlu memuat-turunnya secara berasingan. Perkara ini mungkin sekaligus akan menguntungkan pihak Path dalam mendapatkan lebih ramai pengguna baru di rantau ini.


TIPS & ULASAN