Maxis Menawarkan BlackBerry Q5 Pada Harga Bermula RM438

Maxis Menawarkan BlackBerry Q5 Pada Harga Bermula RM438

Diterbitkan pada July 25, 2013 oleh .

Maxis hari ini menambah tawaran telefon pintar BlackBerry Q5 melalui pakej mereka, dimana kini telefon pintar yang berasaskan kepada sistem operasi BlackBerry 10 tersebut dijual pada harga bermula RM438 dengan langganan pakej Maxis BBMore 148.

Maxis BlackBerry Q5

Maxis menyertakan tiga pilihan, iaitu dengan pakej langganan Maxis BBMore 148, BBMore88 dan juga BBMore 55. Pelanggan juga boleh memilih sama ada ingin mendapatkannya dengan komitmen selama 24 bulan ataupun 12 bulan bersama-sama Maxis dibawah pakej yang ditawarkan.

Selain hanya menawarkan peranti sahaja, pihak Maxis turut sama membawakan beberapa aplikasi khas yang dioptimasikan untuk BlackBerry 10, termasuk antaranya adalah MyMaxis, Maxis Rewards, Maxis MyHealthy Heart dan beberapa yang lain.

BlackBerry Q5 telah dilancarkan di Malaysia sebelum ini, dimana ia menyertakan skrin bersaiz 3.1-inci, cip pemprosesan dwi-teras 1.2GHz, memori sebanyak 2GB RAM, kamera belakang 5-megapixel, serta dijana menggunakan BlackBerry 10. Peranti tersebut dijual pada harga saranan RM1299 tanpa sebarang langganan pakej daripada syarikat telekomunikasi.


TIPS & ULASAN