Cari @ Amanz

Huawei Malaysia hari ini telah pun melancarkan telefon pintar terbaru mereka secara rasmi untuk pasaran tempatan, sekaligus membolehkan para pengguna tempatan mendapatkan Huawei Ascend P6 yang direkabentuk dengan nipis dan ringan ini pada harga saranan RM1399.

Huawei Ascend P6

Dari segi spesifikasi, Huawei Ascend P6 membawakan skrin bersaiz 4.7-inci dengan paparan 720p, memori sebanyak 2GB RAM, kamera belakang 8-megapixel, kamera hadapan 5-megapixel, cip pemprosesan empat-teras 1.5GHz, dan didatangkan dengan bateri berkapasiti 2000mAh. Peranti ini turut dijana menggunakan Android 4.2 Jelly Bean, serta menyertakan antaramuka EmotionUI bersama-sama dengannya.

Huawei Ascend P6

Di Malaysia, Huawei Ascend P6 akan ditawarkan dalam pilihan warna putih dan juga hitam. Warna merah jambu dijangka akan hadir dalam masa terdekat.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd