Sony Berkongsi Mengenai Peranti Yang Akan Menerima Android 4.3

Sony Berkongsi Mengenai Peranti Yang Akan Menerima Android 4.3

Diterbitkan pada July 25, 2013 oleh .

Sony Android Jelly beanDengan pengumuman berkaitan Android 4.3 awal pagi tadi, kini pihak Sony turut sama berkongsi mengenai perancangan mereka, dan mengatakan peranti Xperia Z, Xperia ZL, Xperia ZR, Xperia Tablet Z, Xperia SP dan Xperia Z Ultra akan menerimanya.

Selain peranti berkenaan, pihak Sony juga mengatakan mereka merancang untuk hadir dengan kemaskini Android 4.3 untuk beberapa peranti yang menjalankan Android 4.1 hari ini. Perancangan lanjut mengenainya dijangka akan dikongsikan tidak lama lagi.

Android 4.3 membawakan beberapa kemaskini kecil, termasuk sokongan kawalan kandungan untuk multi-user, dan juga pengoptimasian pada penggunaan Bluetooth dan juga bateri.

Pihak Sony turut berkongsi mengenai kemaskini Android 4.2 yang akan diperkenalkan untuk pengguna Xperia ZR dan juga Xperia Tablet Z bermula Ogos kelak. Tarikh untuk pengenalan Android 4.3 untuk peranti Sony masih tidak diketahui buat masa ini.


TIPS & ULASAN