Cari @ Amanz

Salah satu syarikat telekomunikasi tempatan, UMobile, hari ini mengumumkan kerjasama dengan BLoyalty (syarikat disebalik BCard) dalam membawakan program kad ganjaran terbaru mereka, dinamakan sebagai UCard. Program ini sekaligus membolehkan pengguna UMobile untuk bertukar ganjaran kepada produk UMobile, disamping mendapatkan mata ganjaran ketika menggunakan perkhidmatan telekomunikasi tersebut.

UCard UMobile

Bagi mereka yang berminat, boleh mendapatkan UCard ini serta-merta dengan pergi ke sebarang cawangan UMobile, dan seterusnya mendaftarkan akaun anda melalui laman web UMobile. Dan bersempena dengan pelancaran ini, sebanyak 50,000 pendaftaran pertama akan menerima 200 mata ganjaran secara percuma. Pengguna UMobile baru juga akan ditawarkan dengan kad ganjaran tersebut apabila mereka membeli kad-SIM baru.

Sekiranya anda merupakan pengguna talian UMobile, boleh ke halaman rasmi UCard hari ini, dan mengetahui lebih lanjut mengenainya.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd