Internet Explorer 11 Dev Preview Dilancarkan Untuk Windows 7

Internet Explorer 11 Dev Preview Dilancarkan Untuk Windows 7

Diterbitkan pada July 25, 2013 oleh .

Selepas memperkenalkan Internet Explorer 11 Preview melalui Windows 8.1 Preview sebelum ini, hari ini Microsoft turut sama memperkenalkan Internet Explorer 11 Dev Preview untuk sistem operasi Windows Server 2008 R2 dan juga Windows 7.

Seperti biasa, memandangkan ia masih lagi pada peringkat pembangunan, maka mungkin ia kurang stabil dan masih terdapat pelbagai permasalahan yang belum diatasi. Namun, para pembangun dan pengguna yang ingin mencubanya, boleh mendapatkannya, sekaligus menguji paparan web anda dan sebagainya menggunakannya.

Melalui Internet Explorer 11, Microsoft memberikan perhatian kepada beberapa sokongan, termasuk sokongan WebGL, paparan grafik yang lebih baik, dan enjin JavaScript yang ditambah baik.

Muat-Turun Internet Explorer 11 Dev Preview untuk Windows 7


TIPS & ULASAN