Telefon Pintar Dengan Sokongan Tiga SIM Akan Hadir Tidak Lama Lagi

Telefon Pintar Dengan Sokongan Tiga SIM Akan Hadir Tidak Lama Lagi

Diterbitkan pada July 26, 2013 oleh .

Pada hari ini, beberapa telefon pintar telah pun sedia ditawarkan dengan sokongan dwi-SIM. Tetapi bagaimana pula sekiranya ia hadir dengan sokongan tiga-SIM? MediaTek kini mengumumkan teknologi sokongan tiga-SIM untuk telefon pintar Android.

Telefon pintar dengan sokongan dwi-SIM dikatakan sedia popular di negara-negara membangun, dan berkemungkinan sokongan tiga-SIM ini juga akan memberikan kesan yang positif. MediaTek mengatakan, seumpama sokongan dwi-SIM, melaluinya, para pengguna boleh membuat panggilan, SMS, ataupun menghantar dan menerima data menggunakan ketiga-tiga SIM didalam satu peranti. Sokongan standby mode juga dioptimasikan, membolehkan peranti berkenaan tidak menggunakan tenaga bateri yang tinggi untuk ketiga-tiga SIM ini.

Ia dikatakan, berkemungkinan pihak LG akan hadir dengan peranti tiga-SIM tidak lama lagi.


TIPS & ULASAN