Cari @ Amanz

Dengan kemaskini tablet Nexus 7 baru yang diperkenalkan pada minggu ini, kini ia turut dilaporkan yang mana gergasi dari Korea Selatan, iaitu Samsung turut akan hadir dengan tablet Nexus 10 generasi baru, dan mungkin akan hadir dengan Android 4.3 terbina bersama-sama dengannya.

Samsung Nexus 10

Ia tidak diketahui lagi berkenaan bilakah tablet berkenaan akan diumumkan. Sebelum ini, pada tahun lepas, perbezaan pengumuman antara Nexus 7 dan juga Nexus 10 mengambil masa hampir 3 bulan, dan mungkin perkara berkenaan turut dikekalkan pada tahun ini.

Nexus 10 sebelum ini telah diperkenalkan bersama-sama pihak Samsung, yang mana seperti pada namanya membawakan saiz skrin 10-inci. Popularitinya mungkin boleh dikatakan agak kurang sedikit berbanding tablet Android lain, namun kelihatan pihak Samsung dan Google akan bekerjasama lagi sekali untuk hadir dengan tablet generasi baru berkenaan.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd