HyppTV Everywhere Bakal Dilancarkan Pada Minggu Hadapan

HyppTV Everywhere Bakal Dilancarkan Pada Minggu Hadapan

Diterbitkan pada July 26, 2013 oleh .

Sebelum ini, kami pernah berkongsi mengenai perkhidmatan HyppTV yang akan hadir dengan sokongan untuk telefon pintar, tablet, dan juga versi web, selain turut ditawarkan sekali untuk pengguna Streamyx. Kini, nampaknya pihak Telekom Malaysia telah pun bersiap sedia untuk pelancaran rasminya, yang mana dijadualkan untuk minggu hadapan.

Aplikasi HyppTV

Melalui HyppTV Everyhwere, pengguna Android dan juga iOS boleh mengikuti rancangan kegemaran mereka terus pada skrin peranti mudah-alih mereka. Aplikasi untuknya turut sama telah diterbitkan untuk pengguna Android, dan mungkin akan hadir untuk pengguna iOS dalam masa terdekat. Selain bentuk aplikasi, ia juga akan ditawarkan dalam bentuk web, dimana pengguna turut boleh mengaksesnya dimana-mana menggunakan pelayar web mereka.

Maklumat lanjut mengenai perkhidmatan ini, termasuk caj berkaitan mungkin akan dikongsikan pihak Telekom Malaysia pada awal minggu hadapan.


TIPS & ULASAN