Google Translate Versi Web Menambah Sokongan Pengecaman Tulisan Tangan

Google Translate Versi Web Menambah Sokongan Pengecaman Tulisan Tangan

Diterbitkan pada July 27, 2013 oleh .

Google Translate sedia menjadi salah satu destinasi ramai untuk menterjemah pelbagai perkataan dan juga bahasa. Dan kini dengan sokongan skrin sentuh yang semakin meluas digunakan, pihak Google turut menambah sokongan pengecaman tulisan tangan pada web Google Translate.

Google Translate Web

Fungsi ini mungkin amat berguna kepada beberapa bahasa, termasuk arab, hindi, tamil, mandarin dan sebagainya yang lebih selesa dan pantas apabila ditulis menggunakan input pen atau sebagainya. Buat masa ini, ia menyokong lebih 45 jenis bahasa melalui perkhidmatan tersebut.

Daripada percubaan kami, ia tampak berfungsi dengan baik dalam mengesan tulisan walaupun menggunakan tulisan “cakar ayam”. Bagi mereka yang berminat, mungkin boleh menyemak halaman Google Translate hari ini dan mencubanya sendiri.


TIPS & ULASAN