Cari @ Amanz

MediaTekPada awal bulan ini, kita telah sedia mendengar beberapa ura-ura berkenaan dengan cip pemprosesan lapan-teras daripada pihak MediaTek. Hari ini, mereka secar rasminya mengumumkan cip pemprosesan lapan-teras, yang mana membawakan kuasa pemprosesan menggunakan kesemua teras pada masa yang sama, berbeza dengan beberapa yang lain.

Seperti semua sedia maklum, pihak Samsung sedia mengumumkan Exynos 5 Octa. Tetapi ia menggunakan konsep hanya sebahagian teras sahaja aktif pada sesuatu masa. Untuk MediaTek pula, ia membawakan penggunaan kesemua teras pada sesuatu masa, sekaligus membawakan kuasa pemprosesan yang tinggi berbanding yang lain. Kadar kelajuan pula ditetapkan pada kadar 1.7GHz hingga ke 2GHz melaluinya.

MediaTek OctaCore

Dengan pengumuman cip pemprosesan lapan teras ini, mungkin kelak kita akan dapat melihat peranti yang menjalankan cip pemprosesan berkuasa ini pada harga yang rendah dalam masa beberapa bulan lagi.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd