Google Membayar $966 Juta Untuk Mendapatkan Waze

Google Membayar $966 Juta Untuk Mendapatkan Waze

Diterbitkan pada July 27, 2013 oleh .

Google - WazeLebih kurang selepas enam minggu Google mengumumkan pengambil-alihan Waze, kini angka rasmi pembayaran yang dilakukan untuk mendapatkannya dikongsikan, dimana ia berjumlah sehingga $966 juta. Sebelum ini, spekulasi awal mengatakan Google membayar antara $1 bilion hingga $1.3 bilion untuk mendapatkan perkhidmatan navigasi tersebut.

Waze sebelum ini telah dikatakan turut menerima tawaran daripada beberapa syarikat lain termasuk Apple dan juga Facebook. Namun, nampaknya pihak Google hadir dengan tawaran yang menarik untuk perkhidmatan tersebut.

Waze buat masa ini masih beroperasi secara berasingan, dan Google mengatakan beberapa fungsinya akan diintegrasikan pada perkhidmatan Google, disamping Waze sendiri juga turut akan ditambah-baik dengan sokongan daripada Google.


TIPS & ULASAN