Carian
Carama Ingin Memudahkan Pengguna Tempatan Mencari Bengkel Kereta Berhampiran
July 27, 2013 Aman

Pada hari ini, ramai yang menggunakan kenderaan bermotor, tetapi pada masa yang sama, ramai juga yang tidak ketahui akan harga untuk penyelenggaraan dan aksesori, serta biasa menjadi mangsa tipu oleh beberapa mekanik yang tidak bertanggungjawab. Untuk mengatasi perkara ini, salah satu perkhidmatan baru yang sedang dalam pembangunan adalah Carama.

Carama - Peta Bengkel

Carama membolehkan para pengguna mencari bengkel kereta yang berdekatan dengan mereka, disamping pada masa yang sama merujuk kepada komen-komen pelanggan pada sesuatu bengkel terus melalui laman tersebut. Buat masa ini, senarai yang disertakan masih sekitar kawasan Lembah Klang sahaja dan dijangka akan ditambah dari hari ke hari. Daripada percubaan kami, laman ini juga kelihatan turut dioptimasikan untuk para pengguna peranti mudah-alih.

Selain daripada kebolehan melihat bengkel berdekatan, salah satu fungsi yang amat berguna pada laman berkenaan adalah kebolehan untuk melihat harga untuk alat ganti kenderaan. Buat masa ini, memandangkan ia masih lagi pada peringkat pembangunan, maka senarai yang diperlihatkan masih terhad. Namun, ia dikatakan lebih banyak perkara akan ditambah dari hari ke hari.

Carama - Spare Part

Carama ini boleh dikatakan masih lagi pada peringkat pembangunan, dan mungkin kita akan melihat ia dilancarkan secara rasmi dalam masa terdekat ini.

Komen