Dengan pihak Telekom Malaysia yang mensasarkan untuk melancarkan perkhidmatan HyppTV Everywhere pada hari Isnin ini, mereka telah pun menerbitkan aplikasi HyppTV Everywhere untuk para pengguna peranti iOS. Perkara ini boleh dikatakan lanjutan daripada penerbitan aplikasi Android di Google Play Store beberapa minggu lepas.
Perkhidmatan HyppTV Everywhere ini hanya ditawarkan untuk para pelanggan UniFi dan juga Streamyx 4Mbps dan 8Mbps, membolehkan mereka mengikuti rancangan kegemaran mereka terus pada skrin tablet dan juga telefon pintar.
Pihak Telekom Malaysia sendiri bakal berkongsi lebih maklumat lanjut berkaitan dengan perkhidmatan ini pada minggu hadapan, dan kami akan membawakan kemaskini langsung daripada acara pelancaran berkenaan.