Cari @ Amanz

WordPress merupakan salah satu platform yang mana menawarkan kemudahan untuk para pengguna membangunkan web dan blog dengan mudah. Kini, selain dariapda menyambut ulang-tahun ke-10 baru-baru ini, hari ini Matt Mullenweg turut sama berkongsi mengenai angka statistik semasa untuk WordPress.

WordCamp 2013

Mengikut apa yang dikongsikan, sebanyak 18.9% daripada web kini berjalan menggunakan platform WordPress. Angka ini dikumpulkan oleh mereka berdasarkan kepada 10 juta web utama seluruh dunia, sekaligus memperlihatkan peningkatan sebanyak 2.2% berbanding tahun lepas.

WordPress 18.9%

Pada masa yang sama, Matt juga turut berkongsi bagaimana pengguna menggunakan platform mereka, dimana sebanyak 69% menggunakan sebagai CMS, 20% sebagai gabungan blog dan CMS, 6% sebagai blog, dan 7% sebagai platform aplikasi.

Dengan tahun-tahun akan datang, kita mungkin akan dapat melihat WordPress terus berkembang dengan positif dan pelbagai fungsi lain ditambah padanya. Pihak pembangunnya mensasarkan untuk melancarkan WordPress 3.6 dalam masa terdekat ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd