WordPress 3.7 Akan Menyusul Pada Bulan Oktober – 3.8 Menjelang Disember

WordPress 3.7 Akan Menyusul Pada Bulan Oktober – 3.8 Menjelang Disember

Diterbitkan pada July 28, 2013 oleh .

Sementara ramai yang menantikan WordPress 3.6 yang akan hadir dalam masa terdekat ini, Matt Mullenweg turut sama berkongsi perancangan untuk WordPress 3.7, dimana ia disasarkan untuk dilancarkan pada bulan Oktober kelak. Mengikut apa yang dikongsikan, ia akan memfokuskan kepada kestabilan dan juga sekuriti.

WordPress 3.7

WordPress 3.7 juga turut dijangka akan memfokuskan ia sebagai sebuah platform untuk pembangun berbanding dengan blog. Pihak WordPress juga bakal melancarkan sebuah halaman rujukan untuk pembangun, dibawah WordPress Developer tidak lama lagi.

Pihak pembangun WordPress juga kelihatan ingin mempercepatkan lagi pembangunan mereka sekaligus bergerak agresif, dengan mensasarkan untuk hadir dengan WordPress 3.8 menjelang bulan Disember kelak. Pembangunannya dijangka akan dimulakan serentak dengan WordPress 3.7, dan akan hadir dengan tema 2014 yang serba baru bersama-sama dengannya. Untuk tema 2014 kelak, pihak pembangunnya mensasarkan rekabentuk seumpama majalah, berbanding blog sebelum ini.

Selain perancangan mengenai WordPress 3.7 dan juga WordPress 3.8, Matt turut sama berkongsi mengenai projek MP6 mereka yang kini dalam pembangunan.


TIPS & ULASAN