Aplikasi Hipstamatic Oggl Sedia Untuk Dimuat-Turun Oleh Pengguna WP8

Aplikasi Hipstamatic Oggl Sedia Untuk Dimuat-Turun Oleh Pengguna WP8

Diterbitkan pada July 28, 2013 oleh .

Setelah mengumumkan Hipstamatic Oggl akan hadir ke Windows Phone ketika pelancaran Nokia Lumia 925 tempoh hari, kini ia telah pun diterbitkan pada Windows Phone Store, membolehkan para pengguna peranti Windows Phone 8 memuat-turunnya secara percuma.

Oggl - Windows Phone 8

Oggl, seperti biasa membolehkan anda merakamkan gambar, dan kemudiannya menambah filter pada gambar yang diambil. Pengguna juga boleh berkongsi gambar yang dirakamkan ke Facebook, Twitter dan juga Instagram. Beberapa sokongan lain, seperti kebolehan untuk curate dan sebagainya turut didatangkan pada aplikasi ini.

Bagi para pengguna Windows Phone 8 yang berminat, anda boleh memuat-turunnya secara percuma daripada Windows Phone Store hari ini.

Muat-Turun Hipstamatic Oggl dari Windows Phone Store


TIPS & ULASAN