Sebelum ini, kita telah sedia melihat sebuah video teaser daripada pihak CyanogenMod berkenaan projek “Nemesis” mereka. Kini, mereka berkongsi mengenai fasa pertama projek berkenaan, dimana untuk fasa pertama mereka memfokuskan kepada aplikasi kamera sumber terbuka dikenali sebagai Focal.
Dengan Focal, ia menawarkan aplikasi kamera yang didatangkan dengan fungsi yang menarik. Pada menu utamanya, pengguna boleh memilih beberapa mod rakaman, iaitu Photos (untuk rakaman biasa), Panorama (untuk rakaman gambar panorama), Video (untuk rakaman video), PicSphere (untuk rakaman gambar 360 darjah), dan juga pilihan untuk merakamkan gambar mengunakan kamera hadapan.
Tetapan lain juga turut disertakan, dimana untuk mengaksesnya, pengguna perlu mentatal dari bahagian bawah skrin, sekaligus membolehkan pengguna mengawal flash, mod rakaman dan sebagainya.
Seperti biasa, Focal ini masih lagi pada peringkat pembangunan, dan kod sumbernya akan diterbitkan dalam masa terdekat ini. Dan semestinya dengan pengumuman fasa pertama untuk “Nemesis” ini, ramai yang menantikan apakah lagi yang akan dibawakan oleh pihak pembangun CyanogenMod.