Cari @ Amanz

Ubuntu Edge Akan Disokong Dengan Kemaskini Sehingga 6 Tahun

Oleh Aman

Link Copied!

 Mark ShuttleworthCanonical telah pun sedia mengumpulkan dana untuk Ubuntu Edge melalui IndieGogo, dan beberapa perkara berkaitan dengannya telah pun dikongsikan oleh Mark Shuttleworth melalui soal jawab yang diadakan melalui Reddit. Salah satu daripadanya adalah sokongan kemaskini perisian untuk Ubuntu Edge yang akan disokong sehingga 6 tahun.

Dengan dunia telefon pintar hari ini, sokongan kemaskini perisian selama 6 tahun semestinya salah satu perkara yang amat mengembirakan ramai pengguna. Peranti Ubuntu Edge ini dijangka akan menyertakan Ubuntu 14.04 LTS, yang mana mengikut jadual Canonical, ia akan disokong selama 6 tahun lamanya.

Buat masa ini, sebanyak lebih 20% daripada dana $32 juta telah dikumpulkan melalui IndieGogo, dan dengan berbaki selama 25 hari lagi.


Komen ()