Dengan pelancaran aplikasi HyppTV Everywhere untuk Android dan iOS, semestinya pengguna platform lain menantikan ia untuk hadir, terutamanya untuk BlackBerry dan juga Windows Phone.
Menjawab persoalan yang diajukan, pihak Telekom Malaysia mengatakan buat masa ini mereka masih memfokuskan kepada dua platform utama mereka, iaitu Android dan juga iOS. Buat masa ini, masih tiada perancangan untuk platform lain, namun mungkin ia berubah pada masa akan datang.
Melalui HyppTV Everywhere, pengguna Android dan juga iOS boleh mengikuti pelbagai rancangan kegemaran mereka, terus melalui peranti mudah-alih mereka, dan turut dioptimasikan untuk paparan tablet mahupun telefon pintar.
Ia ditawarkan dalam bentuk langganan tambahan bermula RM5 sebulan.