Cari @ Amanz

Tablet 12-inci daripada pihak Samsung telah diperkatakan beberapa kali sebelum ini, dan hari ini, pihak @EVLeaks turut sama berkongsi mengenai beberapa spesifikasi untuk tablet berkenaan. Daripada apa yang dikongsikan, tablet berkenaan dijangka akan menyertakan skrin bersaiz 12.2-inci dengan paparan 2560×1600 pixel.

Tablet tersebut kelak dijangka akan menyertakan sokongan S-Pen, sekaligus membuatkan ia boleh digunakan untuk tujuan lakaran, pengambilan-nota dan juga penggunaan didalam bilik darjah. Tablet ini turut dikatakan akan dijana menggunakan cip pemprosesan Samsung Exynos 5 Octa.

Selain daripada tablet bersaiz 12.2-inci berkenaan, pihak Samsung turut dikatakan akan hadir dengan tablet bersaiz 10-inci yang menyertakan paparan 2560×1600 pixel, serta dijana menggunakan cip pemprosesan Snapdragon 800.

Memandangkan sebelum ini pihak @EVlLeaks sedia hadir dengan rekod yang agak baik, maka mungkin kita akan melihat kedua-dua tablet ini tidak lama lagi.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd