Sony Dan Panasonic Bakal Hadir Dengan Cakera Optikal Berkapasiti Sehingga 300GB

Sony Dan Panasonic Bakal Hadir Dengan Cakera Optikal Berkapasiti Sehingga 300GB

Diterbitkan pada July 29, 2013 oleh .

Dengan lebih ramai yang hadir dengan kandungan berkualiti tinggi, ia sekaligus membuatkan ruangan storan yang diperlukan lebih besar berbanding kebiasaan. Untuk mengatasi perkara ini, kini Sony dan Panasonic bakal bekerjasama dalam menetapkan standard baru untuk menyimpan data sehingga 300GB.

Perkara ini dijangka akan dijayakan sebelum penghujung tahun 2015 kelak. Perkara ini sekaligus akan membolehkan para pengguna menyimpan data berkali ganda berbanding Bluray yang terhad kepada 25GB.

Pada hari ini, boleh dikatakan penggunaan cakera optikal semakin lama semakin berkurangan. Namun, ia masih mempunyai penggunaannya tersendiri, apatah lagi untuk tujuan pengarkiban, ataupun untuk menghantar sesuatu data bersaiz besar ke sesuatu lokasi. Walaupun penggunaan storan awan makin meluas, namun, tidak kesemua lokasi dilengkapi dengan sokongan internet berkelajuan tinggi buat masa ini.


TIPS & ULASAN