Cari @ Amanz

Untuk tablet Nexus 7, pihak Google telah sedia bekerjasama dengan pihak Asus untuk dua tahun berturut-turut, dan kini hadir spekulasi awal mengatakan kemungkinan pihak Google bekerjasama dengan LG untuk Nexus 7 pada tahun hadapan – 2014.

Nexus 7

Seperti umum sedia maklum, pada harganya, Nexus 7 sedia menjadi salah satu tablet yang mempunyai jualan yang tinggi diseluruh dunia. Perkara ini, sekaligus agak menguntungkan pihak Asus, serta mengukuhkan penjenamaan Asus dalam Android.

Spekulasi kini hadir yang mana pengeluar Nexus 4 berkenaan mungkin hadir dengan Nexus 7 pada tahun hadapan, dan dikatakan faktor pengeluaran skrin oleh LG menjadi salah satu sebab untuknya.

Nexus 7 baru sedia menawarkan pelbagai penaik-tarafan, bukan sahaja dari segi skrin, tetapi turut menyertakan kuasa grafik yang baik, disamping sokongan audio yang lebih baik berbanding versi sebelumnya. Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi berkenaan bilakah tablet berkenaan akan dilancarkan untuk pasaran tempatan, memandangkan untuk pasaran Malaysia, ia akan ditawarkan melalui Asus Malaysia dan bukannya oleh Google.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd