Pada hari ini, Gorilla Glass sedia popular pada tablet dan juga telefon pintar. Dan kini, dengan lebih banyak komputer riba hadir dengan sokongan skrin sentuh, Corning turut sama akan membawakan teknologinya ke arena komputer riba.
Melalui Gorilla Glass NBT, ia akan menawarkan sokongan skrin yang kukuh, disamping kalis calar berbanding beberapa skrin sedia ada pada hari ini.
Dell dijangka akan menjadi yang terawal mengintegrasikan sokongan Corning Gorilla Glass NBT ini pada komputer riba, dan mungkin akan hadir dalam beberapa bulan lagi.