Sokongan Pengimbas Cap Jari Kelihatan Pada iOS 7 Beta 4

Sokongan Pengimbas Cap Jari Kelihatan Pada iOS 7 Beta 4

Diterbitkan pada July 30, 2013 oleh .

Pengimbas JariSebelum ini, kita telah mendengar beberapa kali yang mana Apple bakal menyertakan sokongan pengimbas cap jari pada iPhone baru. Kini, sokongan tersebut kelihatan pada iOS 7 Beta 4 yang diperkenalkan awal hari ini.

Melalui iOS 7 Beta 4, ia kelihatan sebuah folder baru disertakan, dinamakan sebagai “BiometricKitUI”, dan daripada penerangan yang disertakan, ia memperlihatkan seperti sokongan pengimbas cap jari pada butang Home di iPhone.

Buat masa ini, apakah fungsi yang akan disertakan melaluinya tidak diketahui. Namun, sekiranya ia hanya sekadar untuk membuka lockscreen, maka mungkin ia tidak berguna sepenuhnya, dan akan dimatikan oleh para pengguna.

Memandangkan kod tersebut disertakan pada versi iOS 7 Beta, maka mungkin ia hanya sekadar ujian sahaja, dan mungkin juga versi akhir tidak menyertakannya. Apa pun, sama-sama kita nantikan perkembangan lanjut daripadanya, dan lihat apakah sokongan yang akan dibawakan oleh Apple melaluinya.


TIPS & ULASAN