Terdapat sejumlah aplikasi yang memudahkan para pengguna untuk membaca dan mengikuti manga kegemaran mereka pada peranti mudah-alih. Terkini salah satu aplikasi baru yang turut menawarkan fungsi sama adalah Manga Rock.
Manga Rock berfungsi sebagai sebuah klien, dimana ketika memulakannya, pengguna akan diminta untuk memilih laman untuk sumber-sumber manga. Aplikasi ini sedia memilihnya secara automatik untuk bahasa Inggeris, dan sekiranya pengguna inginkan dalam bahasa lain, maka boleh memilihnya daripada sumber yang disediakan.
Sebaik sahaja selesai memilih, pengguna kemudiannya akan dipaparkan dengan senara manga yang terdapat, memudahkan mereka untuk mengikuti sesuatu manga dengan mudah terus pada peranti mudah-alih mereka. Sebuah butang khas turut disediakan pada bahagian atas, membolehkan pengguna untuk memilih sumber, dan juga genre manga untuk dipaparkan di Manga Rock. Sebaik sahaja dipilih, ia akan mengambil beberapa saat, sebelum menyenaraikannya.
Walaupun untuk membaca manga melaluinya memerlukan rangkaian internet, namun, pengguna boleh mengubahnya dengan memilih pilihan memuat-turun, dan menyimpannya untuk baca pada kemudian masa tanpa akses internet.
Seperti biasa, versi percuma ini hadir dengan sokongan iklan, dan pengguna juga boleh mendapatkan versi Pro yang membuang semua paparan iklan daripadanya.
- Muat-Turun Manga Rock untuk Android