Apple Dilaporkan Meminta Google Membuang Aplikasi “Control Center” Pada Google Play

Apple Dilaporkan Meminta Google Membuang Aplikasi “Control Center” Pada Google Play

Diterbitkan pada July 30, 2013 oleh .

Beberapa minggu yang lepas, kami pernah berkongsi akan mengenai salah satu aplikasi yang menawarkan sokongan “Control Center” seumpama iOS 7 pada Android. Kini nampaknya, pihak Apple tidak berapa menyukainya, dan meminta Google untuk membuangnya daripada Google Play.

Menurut Apple, ia telah melanggar hak cipta Apple pada perisian iOS 7, sekaligus membuatkan pihak Google membuang versi asalnya daripada Google Play.

Walaubagaimanapun, ia tidak menghentikan pembangunnya untuk hadir dengan versi baru, dimana telah pun menerbitkannya semula di Google Play, dan masih kekal buat masa ini. Ia tidak diketahui lagi berapa lamakah ia akan kekal sebelum Google membuangnya kembali daripada Google Play Store.


TIPS & ULASAN