Carian
Asus Dilaporkan Menangguhkan Perancangan Untuk Peranti Windows RT
July 30, 2013 Aman

Peranti berasaskan Windows RT boleh dikatakan masih kurang popular, memandangkan kekurangan sokongan aplikasi dan sebagainya. Kini, ia dikatakan Asus menangguhkan perancangan peranti baru Windows RT, selepas VivoTab RT yang diperkenalkan tahun lepas.

Ia dikatakan hasil daripadanya tidak begitu memuaskan. Malah, sebelum ini pihak Microsoft sendiri dilihat menghadapi masalah untuk menjual tablet mereka – Surface RT.

Walaubagaimanapun, ia tidak menghentikan pengeluaran produk berasaskan Windows daripada Asus. Ia dikataka Asus akan memfokuskan kepada peranti Windows 8 menjalankan cip Intel, yang mana akan membawakan sokongan untuk pengguna memasang sebarang aplikasi dengan mudah padanya.

Komen