Aplikasi VSCO Cam Akan Hadir Ke Android Tidak Lama Lagi

Aplikasi VSCO Cam Akan Hadir Ke Android Tidak Lama Lagi

Diterbitkan pada July 31, 2013 oleh .

Seperti beberapa aplikasi, VSCO Cam buat masa ini hanya terhad untuk pengguna iOS sahaja, dan kini nampaknya ia turut sama akan hadir untuk para pengguna Android. Tiada tarikh yang dikongsikan, tetapi kelihatan mereka akan memulakan ujian beta tertutup untuknya tidak lama lagi.

VSCO Cam Android

VSCO Cam memfokuskan kepada komuniti fotografi, dimana melaluinya ia menawarkan pelbagai sokongan menarik dalam merakamkan gambar. Disamping itu, seperti kebanyakkan aplikasi, ia turut hadir dengan pelbagai pilihan filter dan sokongan untuk menambah baik hasil akhir gambar. Sokongan perkongsian sosial turut sama disertakan pada aplikasi berkenaan.

Buat masa ini, ia kelihatan akan hadir dalam bentuk beta tertutup untuk pengguna Galaxy S4 dan juga HTC One terlebih dahulu, sebelum ia diperluaskan kepada pelbagai peranti Android yang lain. VSCO Cam versi akhir kelak dijangka akan diperkenalkan untuk para pengguna Android 4.0 dan yang terkini.

Halaman VSCO Cam Beta untuk Android


TIPS & ULASAN