Produk Pertama Altel Dijangka Akan Hadir Pada Bulan Ogos Ini

Produk Pertama Altel Dijangka Akan Hadir Pada Bulan Ogos Ini

Diterbitkan pada July 31, 2013 oleh .

AltelAltel Communications adalah salah satu syarikat yang dimiliki oleh Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary. Setelah ia mengemaskini laman web rasmi mereka baru-baru ini, kini ia diketahui produk komersial pertama mereka akan diperkenalkan kepada pengguna seawal bulan Ogos ini.

Bagi yang tidak mengenali akan Altel, ia merupakan syarikat subsidiari untuk Puncak Semangat, yang mana telah mendapat spektrum LTE 2600MHz sebelum ini. Sebelum ini, ia telah turut serta mengumumkan kerjasama dengan pihak Celcom yang mana akan membolehkan mereka berkongsi infrastruktur dan juga spektrum, sekaligus memperluaskan perkhidmatan mereka ke pasaran tempatan.

Altel sendiri, dijangka akan melabur sehingga RM1 bilion untuk tempoh 5 tahun seterusnya dalam membangunkan rangkaian 4G LTE mereka tersendiri.

Selain memperkenalkan produk pertama mereka pada bulan Ogos ini, Altel turut dijangka akan menambah tawaran produk dan perkhidmatan pada suku ke-4 tahun 2013 ini, dimana produk LTE dan juga pascabayar pertama daripada Altel dijangka akan hadir pada penghujung tahun. Pada pengenalan, Altel dijangka akan memfokuskan kepada perkhidmatan panggilan suara terlebih dahulu.

Dari segi sasaran, Altel mensasarkan 150,000 pelanggan pada tahun pertama operasi, disamping 500 pusat radio LTE dalam tempoh yang sama.


TIPS & ULASAN