Cari @ Amanz

Hari ini, Ninetology telah melancarkan telefon pintar dibawah siri keluarga U9 yang baru, dimana melaluinya tiga buah telefon pintar diperkenalkan, dinamakan sebagai X1, Z1 dan juga Z1+.

Ninetology U9

Melalui siri U9, Ninetology menyertakan cip pemprosesan empat-teras MediaTek MT6589 1.2GHz serta dilengkapi dengan Android 4.2 Jelly Bean.

Ninetology U9X1

Ninetology U9X1

Ninetology U9X1 membawakan skrin bersaiz 4.8-inci (Super AMOLED HD), kamera belakang 13-megapixel dan juga kamera hadapan dengan sokongan rakaman 720p. Ia turut didatangkan dengan ruangan storan sebanyak 16GB dan juga memori sebanyak 1GB RAM. Sokongan dwi-SIM turut disertakan pada peranti ini, serta dilengkapi dengan bateri berkapasiti 2200mAh.

Ninetology U9Z1

Ninetology U9Z1

Ninetology U9 Z1 pula dilengkapi dengan skrin 5.7-inci IPS HD, serta dilengkapi dengan kamera belakang 12-megapixel dan juga kamera hadapan 5-megapixel. Seperti X1, ia turut dilengkapi dengan ruangan storan 16GB dan jugs memori 1GB RAM. Menariknya peranti ini turut hadir dengan sokongan pengecasan tanpa wayar bersama-sama dengannya.

Ninetology Z1+

Ninetology U9Z1+

Dan akhir sekali, Ninetology U9 Z1+ pula memfokuskan kepada skrin, dimana ia dilengkapi dengan skrin bersaiz 5.0-inci. Kamera hadapan 5-megapixel dengan kamera belakang 13-megapixel. Peranti ini menyertakan rekaan berasaskan aluminium bersama-sama dengannya. Setiap jualan peranti ini turut hadir dengan powerbank dari Ninetology.

Ninetology U9 X1 akan dijual pada harga RM1099, U9 Z1 pada harga RM1199, dan juga U9 Z1+ pada harga RM1299. Ia akan mula dijual bermula pertengahan Ogos di pasaran tempatan.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd