Samsung Galaxy S4 Zoom Berharga RM1699 Di Malaysia

Samsung Galaxy S4 Zoom Berharga RM1699 Di Malaysia

Diterbitkan pada July 31, 2013 oleh .

Samsung telah memperkenalkan telefon pintar Galaxy S4 Zoom mereka, yang mana memfokuskan kepada bahagian kamera sebelum ini. Kini, peranti berkenaan telah pun mula dijual oleh pengedar tempatan pada harga RM1699.

Samsung Galaxy S4 Zoom

Samsung Galaxy S4 Zoom membawakan skrin sentuh bersaiz 4.3-inci, dan dilengkapi cip pemprosesan dwi-teras 1.5GHz, memori 1.5GB RAM dan juga ruangan storan terbina 8GB. Dari segi sistem operasi, ia dilengkapi dengan Android 4.2 Jelly Bean dan juga antaramuka TouchWiz.

Galaxy S4 Zoom

Galaxy S4 Zoom memfokuskan kepada bahagian kamera, dimana ia menyertakan kamera 16-megapixel dengan sokongan autofokus dan juga Xenon Flash. Ia turut menyertakan sokongan zoom optikal sehingga 10x.

Jadi, pada harganya, apa pendapat anda? Adakah ia akan menjadi kamera-telefon pilihan anda?


TIPS & ULASAN