Microsoft Memperkenalkan Aplikasi Office Mobile Untuk Android

Microsoft Memperkenalkan Aplikasi Office Mobile Untuk Android

Diterbitkan pada July 31, 2013 oleh .

Selepas memperkenalkan aplikasi Office Mobile untuk pengguna peranti iOS sebelum ini, hari ini pihak Microsoft turut sama memperkenalkan ia untuk pengguna Android. Namun, seperti awal pengenalan versi iOS dulu, ia masih belum boleh dimuat-turun oleh pengguna di Malaysia.

Office Mobile untuk Android ini terhad kepada pelanggan Office 365, membolehkan mereka membuat penyuntingan dokumen dan mengakses dokumen Word, Excel, PowerPoint dan sebagainya terus pada peranti mudah-alih mereka. Sokongan penyuntingan yang dibawakan boleh dikatakan agak asas, dan lebih kepada memudahkan pengguna membuat penyuntingan pantas menggunakan peranti mereka.

Seperti biasa, dokumen disimpan pada SkyDrive, dan boleh dikongsikan melalui emel dan sebagainya. Buat masa ini, tiada aplikasi khas yang dioptimasikan untuk tablet.

Ia tidak diketahui lagi bilakah ia akan diperkenalkan untuk pengguna tempatan. Jikalau mengikut pelancaran versi iOS sebelum ini, ia mengambil masa lebih kurang seminggu sebelum ia diperkenalkan kepada pengguna di Malaysia.

Aplikasi Office Mobile pada Google Play Store


TIPS & ULASAN