Perkhidmatan SkyDrive Akan Dijenamakan Semula Kepada Sebuah Nama Baru

Perkhidmatan SkyDrive Akan Dijenamakan Semula Kepada Sebuah Nama Baru

Diterbitkan pada July 31, 2013 oleh .

Hari ini, melalui keputusan mahkamah, ia didapati pihak Microsoft telah melanggar penggunaan nama dagang yang dimiliki BSkyB (British Sky Broadcasting Group) untuk perkhidmatan storan awan mereka – SkyDrive.

Dengannya, ia sekaligus akan membawa kepada Microsoft menjenamakan semula perkhidmatan storan awan mereka tersebut kepada sebuah nama baru. Buat masa ini, Microsoft dibenarkan untuk menggunakan nama SkyDrive untuk suatu tempoh masa sebelum mengubah ia kepada jenama yang baru.

Ia tidak diketahui lagi berkenaan nama apakah yang akan menjadi pilihan pihak Microsoft kelak.

Jadi, apakah tekaan anda? XboxDrive? WinDrive? LiveDrive?


TIPS & ULASAN