Salamfone Menamatkan Perkhidmatan – Pengguna Diminta Berpindah Ke Penyedia Lain

Salamfone Menamatkan Perkhidmatan – Pengguna Diminta Berpindah Ke Penyedia Lain

Diterbitkan pada Ogos 1, 2013 oleh .

Pada tahun 2011, Salamfone telah dilancarkan di Malaysia, dengan hadir sebagai syarikat telekomunikasi berlandaskan syariah. Namun, setelah beberapa tahun beroperasi, kini nampaknya ia tidak begitu berjaya, dan mengumumkan penamatan perkhidmatan mereka serta-merta.

Melalui laman web rasmi mereka, Salamfone mengatakan pelbagai usaha telah diambil untuk mengaktifkan perkhidmatan mereka, tetapi gagal untuk melakukannya.

Memetik kepada salah satu komen daripada Arie Sham di halaman Facebook rasmi Salamfone, ia dikatakan ia dihentikan kerana gagal mencapai jumlah sasaran yang ditetapkan oleh pihak Maxis dan juga Salamfone pada awalnya. Untuk makluman, Salamfone menawarkan perkhidmatan mereka dengan menumpang melalui rangkaian Maxis.

Perkhidmatan Salamfone dihentikan oleh Maxis hanya kerana Salamfone tidak mencapai objektif jualan yg telah dipersetujui oleh Maxis dan Salamfone pada tahun pertama dan kedua mereka beroperasi. Dan segala jalan penyelesaian pada waktu itu gagal dicapai kerana beberapa sebab yg tidak boleh didedahkan.

Sebagai alternatif, pihak Salamfone meminta pengguna mereka berpindah ke perkhidmatan lain secepat mungkin, dan mereka akan membantu dalam proses MNP ke syarikat telekomunikasi baru. Bagi mereka yang mempunyai baki kredit pada talian mereka, boleh melakukan aduan melalui saluran rasmi Salamfone ([email protected]).


TIPS & ULASAN