Cari @ Amanz

Instagram sedia menawarkan sokongan untuk menyertakan status pada web dan blog, lebih kurang seperti YouTube. Mengikut jejaknya, kini pihak Facebook turut sama hadir dengan sokongan tersebut, membolehkan status dan juga gambar di sertakan pada laman web dan juga blog dengan mudah.

Facebook Embed

Buat masa ini, ia hanya diuji dikalangan penerbit yang terhad sahaja dan mungkin diperkenalkan kepada semua tidak lama lagi.

Pengenalan sokongan ini juga sekaligus akan membolehkan para pemilik laman web dan blog menyertakan sesuatu status dengan mudah, tanpa perlu membuat tangkapan skrin dan sebagainya.

Memandangkan Twitter terhad kepada 140 aksara sahaja, maka mungkin sokongan embed daripada Facebook ini akan mempunyai penggunaannya tersendiri, apatah lagi dengan perkongsian gambar dan juga status di Facebook kian mendapat perhatian ramai.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd