Dengan lebih banyak laman pada hari ini yang hadir dengan sokongan responsif – dioptimasikan untuk pelbagai saiz skrin – kini pihak Google turut tidak ketinggalan dalam menambah sokongan iklan berbentuk responsif pada AdSense.
Buat masa ini, ia masih lagi pada peringkat beta, dimana sebaik sahaja memasangnya, iklan berubah mengikut saiz skrin pengguna. Perkara ini sekaligus akan membolehkan para penerbit untuk menjana lebih wang dan menggunakan inventori sepenuhnya.
Walaubagaimanapun, pembangun web masih perlu menetapkan CSS mengikut web mereka, supaya ia dioptimasikan sepenuhnya, disamping memilih saiz iklan daripada apa yang ditawarkan oleh pihak Google.
Google juga turut mengatakan buat masa ini kod ini hanya responsif pada kali pertama ia dibuka sahaja, dan tidak berubah mengikut orientasi skrin dan sebagainya seperti kebanyakkan rekabentuk web. Namun, masalah ini dijangka akan diatasi oleh Google tidak lama lagi.