Cari @ Amanz

Astro dan juga Telekom Malaysia hari ini mengumumkan kerjasama dalam menawarkan kandungan sukan tempatan dan juga antarabangsa, dimana melaluinya, dua saluran sukan Astro, iaitu Astro SuperSport HD dan juga Astro SuperSport 2 HD akan ditawarkan melalui perkhidmatan HyppTV.

Astro - Telekom Malaysia

Melalui saluran ini juga, ia akan menyiarkan perlawanan Liga Perdana Barclays (BPL) yang terpilih, termasuk beberapa kandungan sukan yang lain. Beberapa saluran daripada NJOI dan juga stesyen radio terpilih turut dikatakan akan hadir ke HyppTV melalui kerjasama ini.

Untuk pihak Telekom Malaysia pula, mereka dialu-alukan menjadi penaja rasmi untuk Astro Liga Super Malaysia, Astro Liga Premier Malaysia, Piala FA dan juga Piala Malaysia yang akan bersiaran melalui Astro Arena.

HyppTV SuperSport

Daripada apa yang diketahui, pada HyppTV, saluran sukan ini akan ditawarkan pada harga RM40 sebulan, ataupun pengguna turut boleh berjimat dengan melanggan pakej sukan HyppTV Sports Pack pada kadar RM30 sebulan untuk kedua-dua saluran. Bagi yang melanggannya hari ini, harga dikatakan akan dikekalkan walaupun setelah promosi harga HyppTV Sports Pack diubah kepada RM50 selepas bulan September kelak.

Kerjasama pihak Astro dan Telekom Malaysia ini dikatakan adalah selama 3 tahun.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd