Video Baru “jOBS” Diterbitkan – Memperlihatkan Lebih Babak Watak Steve Jobs

Video Baru “jOBS” Diterbitkan – Memperlihatkan Lebih Babak Watak Steve Jobs

Diterbitkan pada Ogos 1, 2013 oleh .

Selepas hadir dengan sebuah video trailer untuk filem jOBS sebelum ini, kini penerbit filem berkenaan turut hadir dengan sebuah video baru selama lebih kurang 3 minit, memperlihatkan lebih banyak babak watak Ashton Kutcher sebagai Steve Jobs.

Seperti semua sedia maklum, jOBS merupakan filem biografi untuk Steve Jobs, dimana memfokuskan kisah hidup beliau serta berkongsi mengenai syarikat Apple yang dibangunkan beliau.

Filem ini akan ditayangkan di Amerika Syarikat pada bulan ini, dan dijangka akan hadir ke pawagam tempatan sekitar bulan September kelak.


TIPS & ULASAN