Altel Memperlihatkan Pelan Dan Pakej Prabayar

Altel Memperlihatkan Pelan Dan Pakej Prabayar

Diterbitkan pada Ogos 1, 2013 oleh .

AltelSetelah mengatakan akan memulakan perkhidmatan pada bulan Ogos ini, Altel hari ini telah pun mengemaskini halaman web rasmi mereka, sekaligus memaparkan apakah tawaran yang dibawakan melalui perkhidmatan telekomunikasi baru tersebut.

Seperti dikongsikan sebelum ini, Altel menawarkan pek permulaan prabayar pada harga RM7, dan pengguna boleh mendapatkannya daripada beberapa pengedar rasmi sekitar Selangor, Kuala Lumpur dan Johor buat masa ini.

Dari segi pakej pula, Altel mengenakan caj sebanyak 16 sen untuk panggilan suara, 5 sen untuk SMS, 25 sen untuk MMS dan juga 5sen untuk penggunaan data setiap MB.

Altel Prepaid

Namun, sekiranya anda merupakan pengguna internet yang tegar, dua pelan khas disediakan, dimana pengguna boleh melanggannya pada kadar RM15 untuk 500MB (7 hari) ataupun RM48 untuk 2GB (30 hari).

Altel Prepaid

Seperti beberapa syarikat telekomunikasi lain, Altel turut sama kelihatan menyediakan beberapa bonus dan potongan harga, menawarkan panggilan suara serendah 8 sen seminit.

Jadi, apa kata anda berkenaan harga untuk perkhidmatan Altel ini?


TIPS & ULASAN