Sokongan Google Sync Untuk Windows Phone Dilanjutkan Sehingga 31 Disember

Sokongan Google Sync Untuk Windows Phone Dilanjutkan Sehingga 31 Disember

Diterbitkan pada Ogos 1, 2013 oleh .

Sepatutnya, pihak Google menamatkan sokongan Google Sync semalam (31 Julai). Tetapi, disebabkan masih ramai pengguna peranti Windows Phone yang masih belum menerima kemaskini GDR2, kini nampaknya pihak Google melanjutkan sokongan Google Sync sehingga penghujung tahun ini.

Nokia Lumia 925

Sebelum ini, Google bercadang menamatkan sokongan Google Sync untuk kalendar dan juga buku alamat. Namun, memandangkan pihak Microsoft masih tidak memperkenalkan sokongan CardDAV dan juga CalDAV secara menyeluruh untuk pengguna Windows Phone, maka pihak Google kelihatan telah bersetuju untuk melanjutkannya.

Dan dengan tempoh masa lebih kurang 5 bulan lagi, mungkin kita akan dapat melihat pelbagai peranti Windows Phone menerima kemaskini GDR2, sekaligus membolehkan mereka terus menggunakan perkhidmatan Google pada peranti mereka.


TIPS & ULASAN