Tablet Android Daripada HP Mula Dijual Di Pasaran Malaysia

Tablet Android Daripada HP Mula Dijual Di Pasaran Malaysia

Diterbitkan pada Ogos 1, 2013 oleh .

HP pada awal tahun ini telah memperkenalkan tablet Android daripada mereka, iaitu HP Slate 7. Kini, selepas beberapa bulan berlalu, pihak HP kelihatan telah mula menawarkan tablet berkenaan di pasaran tempatan, dan dijual pada harga RM499.

HP Slate 7

HP Slate 7, seperti pada namanya, membawakan saiz peranti 7-inci, cip pemprosesan, dwi-teras 1.6Ghz ARM Cortex-A9, kamera belakang 3-megapixel, ruangan storan sehingga 8GB (dengan sokongan mikro-SD), dan juga hadir dengan sokongan audio Beats. Ia dijana menggunakan Android, dan tidak membawakan perubahan kosmetik yang banyak berbanding beberapa pengeluar yang lain. HP juga menyertakan beberapa aplikasi tambahan, seperti memudahkan proses percetakan dan sebagainya melalui tablet berkenaan.


TIPS & ULASAN